Apa Beza Plan Black Dengan Onexox Biasa?

Ramai sedia maklum, kebelakangan ni mungkin anda perasan ramai dealer onexox yang promote plan onexox BLACK.

Apa dia plan onexox BLACK ni?

 
Sebenarnya plan dia ni lebih kurang sama je dengan prepaid, cuma... anda boleh 'hutang' dalam tempoh bulan yang sama. 

Contohnya,

Anda ambil plan B59, anda dapat kredit RM59, 12Gb data, 100minit panggilan ke semua rangkaian dan 100sms ke semua rangkaian.

Apabila kuota internet anda habis, anda kena beli data dari plan Internet atau Season Pass yang tersedia. Anda boleh beli menggunakan kredit sedia ada dan secara hutang.

Apa kesan berhutang jika tak dibayar pada waktunya?

Kesannya, anda tidak akan dapat guna internet walaupun, pada bulan berikutnya kuota anda ditambah.

Bagi yang sedia berikan komitmen bulanan, anda dialu-alukan guna plan ni. Bagi yang rasa khuatir dengan pengurusan kewangan, saya cadangkan anda guna plan SEASON PASS PLUS(SP+).

Kenapa?

Sebab plan SP+, prepaid ada kelebihan dari segi validiti/tempoh sah kredit.

Mari kita buat bandingan.

BLACK B39
= komitmen bulanan RM39
= validity 3 bulan
= 6Gb 50min 50sms
= kredit tersedia RM39(untuk renew penggunaan bulan hadapan)

SP+ 30
= komitmen bulanan RM30
= validity 28bulan(dan boleh panjang lagi)
= 5Gb FREE 1Gb + 50min + 50sms
= kredit tersedia RM5(bebas guna untuk apa saja)

Secara asasnya jumlah data, minit dan sms SAMA saja, malah SP+ JAUH LEBIH MURAH berbanding BLACK dan punya validiti yang LEBIH PANJANG. Dalam kata lain, jika anda penggua SP+ anda tak perlu risau tentang expired date!

Namun, untuk guna data SP+, anda perlu mengeluarkan data dari 'tabungnya' dulu jika hendak guna. Dalam kata lain, anda boleh tarik sikit demi sedikit tanpa perlu keluarkan semua sekaligus. Data, minit dan sms boleh dikongsi kepada pengguna onexox lain. Dan ia tidak akan 'hangus' jika tak habis. Ia boleh dibawa ke bulan-bulan ke hadapan...

Begitu juga dengan BLACK. Cuma, kelebihan BLACK ialah, data anda tidak disimpan di dalam tabung simpanan data. Maka ia akan terus berjalan. Tetapi ia tidak akan hangus jika masih berbaki.
Kelemahannya di sini ialah,

Jika anda cuai atau tidak peka dengan data yang ditarik secara senyap. Anda mungkin kerugian akibat kehilangan data tanpa sedar.

Berbanding dengan SP+ yang anda kena keluarkan sedikit dan simpan selebihnya di dalam 'tabung data'. Ia lebih selamat kerana jika anda cuai pun, hanya data yang dikeluarkan sahaja yang akan 'basi'. Namun jika anda lupa nak topup pada waktunya, anda tidak akan dapat kelebihan FREE dari SP+, cuma anda masih boleh buat langganan semula atau mungkin cuma perlu beli atau topup apa yang patut saja.

Okay lah kan? Daripada kena bayar jumlah yang sama setiap bulan, tapi dak guna sepenuhnya dan 'terpaksa' kumpul benda yang tak perlu contohnya sms.

KESIMPULAN

BLACK adalah pelan yang sesuai bagi pengguna yang 'malas' nak kawal penggunaan dan sanggup beri komitmen kewangan setiap bulan.

Manakala,

SEASON PASS PLUS adalah pelan yang sesuai untuk anda yang nak cermat dan berhati-hati dengan penggunaan tanpa memikirkan masalah validity atau terlupa topup.

Nak guna simkad ONEXOX?
Nak jadi Dealer ONEXOX?
Hubungi saya 0111 898 2769

Artikel Terdahulu


2 Komentar


EmoticonEmoticon