Tips Motivasi Onexox : Dealer Kental


1. ENJOY SEBAGAI PENGGUNA.

Pastikan kita khatamkan dulu segala produk onexox. Dari mula belajar cari topup di epay, melalui dealer dan selfcare. Kita langgan data, share kredit, buat FnF dan explore Selfcare & Onesys.

Bila kita dh syokk dengan onexox, barulah kita dpt rasakan produk kitalah yg terbaek dan terjimat. Maka, segala rutin harian kita secara tak langsung akan mempromosikan onexox. Setiap tingkah laku kita menjadi "jiwa onexox"

Dalam tak sedar, dlm status FB, whatsapp atau berjumpe rakan2 family kita akan terbukak cerita tentang penjimatan onexox.

2. READY STOK.


Sbg ejen jualan kpd syarikat, mestilah kita ada stok simkad SP, MNP & SRP dan juga topup erecaj.

Kadang2 bila lepas kita bukak cerita onexox, ada user beriya2 nak cepat pakai onexox. Mereka tiada mslh nk keluarkn duit RM10 tetapi yg menjadi mslh, kita takde simkad!! Atau tak bwk simkad..

Simkad hanya sebesar saiz bisnes kad jer... Bwk lah kemana2!

Balik kampung raya ini jgn lupa bwk simkad dan topup. Sy yakin mgkin ada sedara mara atau rakan yg telah pakai onexox. Dan mgkin salah satu feedback mereka tentang onexox adalah topup susah nk dpt (padahal dia jer tak tau nak beli kat mane)..

So apa lg, katakan kita ejen jualan topup. Alang2 susah dpt, mai topup terus RM100

3. IMEJ ONEXOX.

Cara marketing yg tak disengajakan akan dpt sales. Ubahlah penampilan anda dengan "Serba ONEXOX".

Pakai baju, topi onexox.

Pasang sticker onexox di kereta atau moto.

Gantung la bunting/banner di pagar atau tiang depan rumah..

Nak malu apa?

Kita kan nak ajak org berjimat..

Org dok buat maksiat dlm bulan puasa pun tak malu...

4. SIMPAN NO CUN @ VIP.

Ini teknik daya tarikan. Jika rasa liat nk closing, time ni lah kita keluarkan senjata simpanan kita iaitu "nombor cun dan vvip".

Bgtau stok ni sgt terhad..

Dan harga pasaran mau ratusan malah ribuan ringgit!

Jadi, teruslah deal.. pandai2 lah bg ayat bagi jadi...

5. MULAKAN KUASA VETO!

Cara paling2 pantas nk dpt sales patut bermula dari sini. Mulakan dengan orang "jajahan" anda.

Jika anda seorg suami, wajibkan isteri anda pakai onexox. Jika anda seorg isteri, lagi mudah nak paksa suami.. Kemudian anak2. Suruh isteri dan anak2 promote kat rakan2 utk buat UGU..

Anda hidup bkn sebatang kara.

Masukkan jarum penjimatan ke pemikiran family anda. Adik beradik terutamanya..

Jika mak dan ayah di kampung sll mengadu asyik kena topup saja, apalah salahnya anda belanja simkad percuma.. RM10 je kan.. mana tau nnti dengan keberkatan anda membantu mak ayah, akan lebih sukses dlm onexox..

Jika anda merupakan pengerusi surau, kariah, kelab, persatuan, koperasi, ahli mesyuarat tingkap dll, maka anda blh buat planning dgn AJK2.. mula2 cari geng yg sekepala.. paksa 2,3 org dulu ckp projek baik ni... benda murah jimat mesti sales menderu lajuu ni... kikiki..

Jgn lupa kata keramat kita "lambek tinggeyy....!!"

6. KENALPASTI RAKAN.

Bila cerita tentang rakan, bkn rakan yg pertama nak join apa kita buat...

"Kau joinlah dulu... kang aku tgk ko dh sukses, baru aku follow.."

Bila kita dh pakai BMW nnti baru lah tanya.. "..kau buat biz apa smpai bole jd cam skrg..?? "

" Kenapa tak ajak aku..."

Itu lah realitinya.

Memang satu cabaran bila nak ajak kawan ni..

Rakan FB sy ada 5000 org.

Tapi yg buat keputusan nk jd subdealer hanya 50org jer..

1% jer..

Apapun Alhamdulillah...

Kita guide, jgn lepas tangan, dari 1% itulah sy dah jadi AD skrg.. prasyarat nak naik AD kan cuma 25 aktif dealer jer...

So, utk takel rakan2 ni, kita perlukan seni tektikal...

Bermula dengan buat tapisan terhadap rakan2. Buat pembahagian ikut kategori...

Ada yg suka buat biz kita terus approach ke subdealer.

Yg tak suka biz, ajak sbg user utk penjimatan... dah suka nnti, ajak buat UGU... makin suka nanti barulah ajak buat SubDealer pula.

Tapi....., jgnlah kita gunakan paksaan. Ayat biar playsafe.. Jgn selalu sgt post psl onexox jer.. kena selitkan sikit testimoni, penyelesaian, bukti jumpa dealer, bukti pos barang, tayang simkad dan nombor cun.. dll. Nampakkan kepelbagaian dlm ONEXOX.

Kita tekankan KELEBIHAN PRODUK kita. Kita mainkan emosi mereka dengan masalah2 utama dlm telco lain...

# kredit byk tapi xblh call..? Kena topup sbb validity dh abis??

# kredit kena telan senyap2 sbb data PPU?? Sbb ank main hp anda tanpa izin..?? Pastu ank layan youtube kaw2..

# Call tak dijawab, baru masuk voicemail 1,2 saat dah tolak kredit 20sen 30sen??

# Internet mcm siput..?? Nak tak internet mcm roket..??

# Tau tak ada telco bagi call FnF ke semua telco dan talian tetap TM??

# Topup kena GST..?? Nak kredit back..??

# Masalah prepaid takde bil statement..??

# Nak tak jadi spy monitor akaun telco org tersyg..?? Blh tau baki dia.. blh topupkan..blh tau data dia.. blh langgankan data.. blh tau dia call siapa..


ONEXOX lah PENYELASAIANNYA bg SEMUA Masalah diatas..

Tak perlu nak cerita duit sgt.. Tgk dengan siapa kita talk la.. Mula2 main emosi bab penjimatan telco dulu.... sembang duit, ramai yg lari.. sembang peluang, mesti dia nk menang kata peluang dia la yg paling bagus.. haha

(7) KELENGKAPAN PERANG!

Sebelum kita keluar merembo pastikan kita bersiap-siaga dengan peralatan peperangan yg lengkap. Biar bisnes kaki lima tapi nampak mcm pro. Jgn bagi kalut...

Senjata biar power.

Pisau biar asah bagi tajam.

Print out testimoni produk dan kejayaan. Print out nombor special offer jika ada. Buat list koleksi nombor simkad anda. Bukukan. Biar pelanggan mudah nak cari nombor.

Jangan lupa print borang pendaftaran dlm onesys. Pen pun jangan lupa. Bwk extra.

Alat2 bantuan penerangan mesti ada. Bisnes card, flyers, slide, bunting biar simple dan tak terlalu crowded..

Bila dh dapat sale, jangan kalut. Memang ada customer terus je hulur duit RM10 dan nak cepat.

So, awal2 lagi kita dh sediakan beg plastik dengan berisi manual user, flyers, dan bisnes kad kita. Dapat sale terus je bagi..

Kita tak mampu nak explain segalanya dlm tempoh yg amat singkat. Remind customer jika ada mslh, boleh contact kita.. Jgn lupa mintak no tel customer utk dihubungi. Service after sale perlu kita buat. Hubungi customer slps 24jam utk berikan guideline atau feedback.

Kadang ada user nak terus beli SP dan topup. Jika ada masa blh terus on the spot daftarkn SP customer. Standby extra handphone satu lg bg tujuan pengaktifan simkd utk 1st call. Handphone cap ayam pun takpe janji dh cas bateri. Jgn terlupa cas pulakk

Senjata perang ni sila packing dengan baik. Simpan dlm 1box. Mudah dibawa. Dan kemana kita pergi, mesti bawa dlm kete..

Pernah saya pg shopping mall pakai baju dan topi onexox. Time tu kat surau, ada bro ni tegur tanya sy ejen onexox ke? Dia mmg dh user pun. Cuma nk beli lg sim utk anak dia. Dealer dia jauh dinegeri lain. Jadi, dptlah sale UGU time tu..

Cuba kalau sy kata sy takde stok? Sy tertinggal simkad kat rumah? Melepas dah rezeki saya..

(8) KELUAR MEREMBO!

Topik yg best. Kata kunci disini adalah "keluar". Mmg kena beranikan diri utk keluar merembo.

Mana mungkin merembo tapi taknak keluar rumah? Itu bkn rembo lah.. Sniper dr jauh je namanya..

Sebelum merembo amat dinasihatkan kita ziarah dulu dealer2 lain yg merembo.

Tengok mcm mana diorg buat. Saja2 nak tanya lah seolah2 kita prospek. Jgn lah pakai baju onexox. Nanti kantoi. Tiruvasi saja apa yg dealer tu buat. Tengok mcm mana cara dia approach. Rasa kurang puas, ziarah lagi tapak rembo dealer lain..

Nak tau kat mana dealer open table, tanyalah dlm group whatsapp atau telegram group masing2. Lagi elok mcm tu biar sistem group yg sama.. bkn tak blh ziarah group lain, cuma takut kitab tak sama nnti panjang perbahasannya... Refer pada AD anda..

Bila dh ada keyakinan diri mulakan meriki cari tapak & partner..

Sebelum nk masuk tapak, try dulu coverage dan speedtest kawasan situ. Nnti nk tunjuk live speedtest depan customer dah tak cun pulak kalau ada masalah di kawasan situ..

Ok, kita bermula cari bank dulu, tengok2 kalau ada org lain open table jual perfume ke, insurans ke, dvd ke, powerbank ke.. So kita nk masuk tapak bg lah salam dulu kat otai2 yg dh lama merembo tu... tanya2 nak selit table kat hujung bole ke..? Tanya majlis ada buat serbu ke..?

Mereka ni otai2 lama sgt berpengalaman. Dh mcm abg kawasan. Diorg blh tau bila majlis nak dtg.. sbb tu lah kita kena ringan mulut, cepat2 buat kawan dan jgn sombong..

Bila dh buka table, susunlah simkad banyak2 bagi meriah. Barulah org nk singgah.. Tak perlu kejar org keluar bank edar flyers. Anda duduk je diam2 layan FB sudah. Tunggu org dtg dekat tanya barulah bukak cerita...

Inshaallah mesti dpt sale.

Jika hari ini xde sale, esk mesti dtg open table lagi. Jgn judge tapak tak bgs. Jgn terburu2 cari tapak lain dulu.

Lama2 anda akan syokk begitu best dpt sale.. Sampaikan abg yg jual perfume sblh anda tu pun dtg dekat.... soalan biasa mesti dia tanya "Camne sale..? Ok..?"

Abg tengok sendiri la org dtg dan beli simkad dan topup..

Apa lagi... teruslah ckp benda baru bang murah laju pulak tu..lanjut usia.. Bole buat pasif income. Kalau abg jadi ejen tak mahal mana pun.. beli 10simkad jer dan erelod RM100. Pastu sambil2 abg jual perfume ni, letak simkad ni sekali... Market kat sini abg punya.. sy tak kacau. Nak backup bantuan bgtau sy. Sy dtg..

YES or NO?

Kalau xnk, sy offer kat abg powerbank tu pulak nanti.. hihihi

So, dapatlah seorang SD baru!! SD yg sgt2 dah berpengalaman sbg otai merembo. Tak perlu nk asah lagi, sekadar ajar tambah produk jualan.. ONEXOX

Selain dari bank, boleh cuba di depan 7E, KKMart dan lain2. Carilah yg ada perembo lain mcm depan bank tadi. Kalau ada stall burger lagi cun. Jgn lupa bg salam dulu nk masuk kawasan.. Tanya abg burger, tanya cashier 7E tu dulu baik2. Bila tanya baik2, org akan respon baik juga.. kalau main kasar main redah je kot2 ada org tak berkenan cara kita..

Selain merembo, kita bole je nk masuk tapak yg sah seperti pasar pagi, psr mlm atau sewa corner lot restoran atau kedai mamak. Ada yuran tapak sikit, tp secara sah la..

Nak masuk event besar, ekspo, karnival pun blh. Tp biasa kos tinggi sikit. Blh la ajak dealer2 lain join sama. Buat jadual masa supaya kos dpt diringankan. Buat syarat penyertaan yg jelas. Sales & strategi nk bahagi mcm mana?? Jgn nnti dh abis event, masing2 muncung mulut ada cerita belakang..

Kalau msk ekspo karnival ni, elakkan tapak terlalu dekat speaker atau pentas utama. Nnti riuh semacam kita nk explain kat user pun sampai terjerit2..

(9) SEDIAKAN KERUSI EXTRA!


Hal ini biasa terlepas pandang. Ada pula dealer merembo tak bwk kerusi. Sanggup ke nak tercegat jer berejam-jam..? Kita nak enjoy buat biz ni, jgn letihkan badan pula..

Kerusi utk diri sendiri mmg perlu. Tapi... kerusi extra lebih perlu!

Kerusi extra ini khas kita letak depan meja untuk customer kita. Ini maksud saya. Untuk customer!

Bila customer nampak kerusi, dia akan duduk. Tak pun kita jemput lah duduk, kan dah penat jalan. Bila dh duduk blh la drag sembang lebih sikit.. Dia dh selesa berehat kat kerusi, makin byk soalan yg diajukan.. teruskan explain bagi jadi.

So bila ada extra kerusi ni, peluang nk close SD agak tinggi. Tengoklah biz yg mahal2 mcm booth insurans dan jual kereta, mereka sediakan kerusi byk depan table!

Tapi.... jgn lah dealer pulak yg duduk kt depan tu.. siap sembang2.. blocking pulak bakal customer nk singgah..

Kalau sewa tapak sekangkang kera je, jgn lah bwk dealer satu kampung ajak lepak situ.. hormatilah peniaga sebelah2 kita. Nanti diorg rimas pulak.. Takut2 blocking produk jiran.. Potensi bakal SD juga tu..






1 Komentar so far

semua bisnes nak kena jiwa yang kental. hadapi pelbagai karenah pelanggan,


EmoticonEmoticon