Sebab Kekal Berniaga Onexox

Assalamualaikum. 

Saya jadi pengedar atau Dealer Onexox ini pada 9 Mei 2018. 

Bermula buat bisnes dengan Onexox ini dengan menjadi Subdealer pada 18 April 2018. Tak sampai sebulan saya naik pangkat ke Dealer Onexox selepas berjaya mendaftarkan 20 orang user dibawah Level 1 dalam rangkaian saya.

Rajin betul saya buat kerja kan? Alhamdulillah. Tahniah. 

Satu je sebab yang kuat saya masih menjual simkad Onexox ini adalah kerana dapat insentif berpanjangan.

Selagi downline (orang yang daftar bawah) saya itu guna simkad Onexox, selagi tu saya dapat insentif 10%. 

Nak kata 10% tu banyak tak de la kan, tapi boleh nampak bila jumlah dia banyak. 

Contoh total downline topup untuk kepentingan masing-masing adalah RM50 seorang, darab dengan 50 orang user = RM2,500. 

Jadi 10% dari RM2,500 adalah RM250. 

OK.

Jadilah dapat RM250 setiap bulan. 

Rezeki tu milik Allah




Sekiranya, dalam bulan tu, downline saya banyak kerja nak kena call orang lain, mesti dia akan topup lebih. RM100 keatas ke. 

Kat situ, kita dapat lah rezeki lebih sikit pada bulan tu. 

Yang penting dalam melakukan bisnes ini adalah Konsisten Berniaga. Jangan sekerat jalan. 

Manusia ramai kurang berjaya dalam bisnes bukan sebab dia telah ditakdirkan tak berjaya, tapi sebab mereka berhenti sekerat jalan. 

Nak berjaya, ikutlah orang yang telah berjaya dan kena ada ilmu tentang sesuatu bisnes itu. 

Doakan saya supaya kuat dan terus tidak mental dalam perniagaan ini ya. Semoga terus bersemangat untuk berniaga. Berniaga dalam kumpulan yang positif supaya berjaya dan kaya. Bila kaya dan berjaya, kita dapat menyelesaikan masalah kewangan dan boleh bantu orang lain pula. Amin.






EmoticonEmoticon