Cara Nak Selesaikan Masalah Internet Telefon



Apabila pengguna tanya kenapa nak langgan internet tak lepas?

Tindakan Dealer yg boleh diambil:
1. Tanyakan baki kredit dia ada berapa: Taip BAL hantar 22111.
(Sertakan screenshot gambar utk kita cek). Pastikan baki di MA mencukupi. Cara nak tansfer kredit DA>MA: sms
TRNS DA amaun ke 22111
Cth: TRNS DA 20

2. Jika kita tengok sms yg dihantar ke 22111 itu reject(ada simbol "Segitiga !" merah..itu menandakan masalah Setting SMS premium.
Ikuti langkah ini:

1. Klik " SETTING".
2. Klik "MORE".
3. Klik "APP MANAGER".
4. SWIPE ke kiri sehingga jumpa perkataan "ALL".
5. SCROLL DOWN sehingga jumpa FOLDER "MESSAGING"
6. Klik "MESSAGING"
7. SCROLL DOWN sehingga jumpa perkataan "SEND PREMIUM SMS". 8. Tukar arahan "NEVER ALLOW" ke "ALWAYS ALLOW".
9. Selesai semuanya, klik "SAVE" dan tekan BUTTON "HOME"
10. "RESTART PHONE" kemudian periksa baki akaun anda dengan menghantar "BAL" dan hantar ke 22111

**Sekiranya masih tidak boleh menerima SMS tersebut, anda perlu hubungi talian khidmat pelanggan kami 12273 utk membuat laporan.

3. Kadang² User silap taip kod langganan internet: Sila pastikan kod langganan yg betul.
Sila taip:( Langgan hot!)
1XDAILY- 250MB/RM10/1hari
1XD250-250MB/RM10 /7hari
1XD500-500MB/RM18/30hari
1XD1.5-1.5GB=1524MB/RM29.99/30hari
> ke 22111

4. Jika pelanggan Anda mengadu Data masih ada tetapi tidak boleh access internet.
Cek setting APN:
APN:XOX
Internet mode: Http
Username: none Password : none ...
Authentication type : none Use Proxy: Yes IP Address
Proxy : none Port No Proxy : 8080 Username Proxy : none Password Proxy : none
MNC:19 MCC:502

Apa yg patut saya buat sekiranya saya sudah berjaya melanggan data internet tetapi masih tidak boleh melayari internet ?
- Masukkan Tetapan manual ke telefon mudah alih anda
- Sekiranya sudah menetapkan tetapan ke telefon mudah alih, cuba OFF dan ON kembali telefon mudah alih anda.
- Sekiranya tidak Berjaya juga, ia bermungkinan disebabkan oleh masalah telefon mudah alih anda.

* kebanyakan telefon mudah alih yg mempunyai “DUO SIM” akan mengalami masalah seperti ini iaitu data internet tidak dapat dikesan dan penyelesaiannya anda harus memakai 1 SIM sahaja di dalam telefon mudah alih utk melayari internet.
- Sekiranya masih tidak ada penyelesaian, anda harus menghubungi khidmat pengguna kami di 12273 untuk bantuan.
-Bagitau operator tentang masalah ini dan minta operator refresh network dan terus boleh pakai internet.

5. Jika server down..
dapatkan info terkini di FB Group Official Dealer dan Soal Jawab Onexox..ikuti perkembangan semasa disini..dan bantu feedback pd pelanggan anda.

Sekian, terima kasih.




Shortform Dalam Onexox


Info Penting dlm ONEXOX

SP - SIM Pack (Simkad No Baru)

MNP - Mobile Number Portability (Simkad utk Kekalkan No Lama)

SRP - SIM Pack Replacement (Simkad ganti Simkad Lama yg Rosak / Hilang)

DYSD.... - ID Dealer ONEXOX

SD - Sub Dealer

D - Dealer

AD - Area Distributor

MD - Master Dealer 

CS - Customer Service 

DMT - Dealer Management Team 

DA - Dedicated Account (Akaun Dedikasi) 

MA - Main Account (Akaun Utama) 

Erecharge (etopup) - Topup kepada pengguna & dealer. 

Subcriber - User (Pengguna) 

UGU - User Get User 

F&F - Family & Friend (Keluarga & Rakan) 

PPU - Pay Per Use (Pay As You Use) 

Flyers - Brochure (Risalah) 

ONESYS - Sistem utk Dealer & UGU 

Telco - Syarikat Telekomunikasi 

MNO - Mobile Network Operator (Telco yg pencawang sendiri - Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile) 

MVNO - Mobile Virtual Network Operator (Telco yg tiada pencawang sendiri - ONEXOX, Tune Talk, Altel, Redone, dll) 

RNO - Recipient Network Operator 

Tier - Level 

No Dreg - No hp ONEXOX Dealer

PIN - Counter digunakan utk daftar SD baru

Success/NP RFS - Success/Number Porting Ready For Subscribing

- maksudnya MNP dah berjaya & user kena aktifkan simkad

Pending/NPR Ack - Pending/Number Porting Request Acknowledgement

- maksudnya MNP dlm proses.

Error - Reject

Hierarchy - Senarai Dealer & User telah berdaftar utk Tier 1 - Tier 4.

New Register - No ONEXOX telah berjaya didaftar tapi simkad belum diaktifkan.

Active - No ONEXOX yg aktif.

Barred - Digantung (Boleh terima panggilan masuk shj)

Blocked - Disekat (Panggilan masuk & keluar tidak dibenarkan)

Terminated - Ditamatkan (No telefon dilupuskan)

PayHere - aplikasi (app) untuk menjual topup dan pembayaran bil telco & utiliti. PayHere merupakan kerjasama dari syarikat ePay dan ONEXOX.

Self care - portal web utk topup online & semak penyata bil prepaid.




Cara Semak Status Telco


MAXIS CENTRE 1800821123
CELCOM CENTRE 1300111000
DIGI CENTRE 0162211800
UMOBILE CENTRE 0183881318
TUNETALK CENTRE 0105000969
ONEXOX CENTRE 12273

SENARAI SEMAK NRIC SEBELUM MNP

Cara pelanggan prabayar menyemak butiran kad pengenalan daripada penyedia rangkaian sedia ada :

1. Pelanggan CELCOM:
Call 1111

2. Pelanggan DIGI:
TAIP : CHECKID >jarak< (NO. IC) dan hantar ke 2000
Cth : CHECKID 801002035111

3. Pelanggan MAXIS:
TAIP : (NO. IC) dan hantar ke 22011
Cth : 801002035111

4. Pelanggan U-Mobile :
TAIP : VERIFY >jarak< (NO. IC) dan hantar ke 28011
Cth : VERIFY 80100203511

Manakala bagi pelanggan-pelanggan daripada Happy, Tron, Clixter, Buzz Me, Tune Talk, Mereka perlu menelefon pusat khidmat pelanggan masing-masing untuk menyemak Butiran kad pengenalan.





Cara Nak Ajak Kawan-Kawan Guna Onexox

Hai kengkawan! nak citer sket.

1. standard call rate aku dah cukup murah.. tapi kalau kena dgn cara topup, boleh dpt laaagi murah.

2. rate utk 10 nmbr family&friends aku laaaaaaaagi murah drpd laaagi murah di atas. open to all network termasuk talian tetap TM pulak tu!

3. harga data packet aku tersangatlah reasonable & competitive. aku takde nak control2 internet speed korang.. korang layanlah highspeed download sepuasnya hingga ke titisan kuota data terakhir. tapi kalau kuota data cepat abis, jgnlah marahnye.. sebab korang yg tak beragak layan tenet & tak pandai manage smartphone sendiri. tapi aku boleh ajar beberapa setting utk conserve data korang. tenet aku ni ikut mana yg habis dulu.. kuota data habis dulu ataupun sampai tarikh luput dulu dan yg penting tak sedut kredit korang diam2. aci lah kan? restoran yg jual buffet pun ada menu/time limit dia.. kalau tak, bukan restoran namanya.. itu sudah jadi rumah kebajikan. aku pun nak berniaga jugak.. taknaklah buat kebajikan buta2 aje.. tapi gentle londeh bagitau semua apa caj yg aku kenakan. tak mainla nak paw duit customer aku diam2.. susah2 aje derang banting tulang cari duit.

4. line validity panjang gila.. silap2 umur korang pun tak sepanjang line ni. tapi apa2 hal pun, aku berdoa semoga korang semua panjang umur, kesihatan yg baik & dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.

5. aku bagi korang 150 free SMS setiap bulan selama 12 bln.

6. coverage aku pun cun gak la.. mcm yg telco C tu...

7. simkad aku murah aje.. lebih murah drpd harga sepeket rokok berbayar cukai.

8. nak beli topup aku mmg kena bayar extra 6% gst (dah gomen yg suruh caj.. terpaksalah aku caj jugak) tapi yg value 6% extra tu korang dapat balik dlm bentuk kredit tau! mmg aku absorb kos tu. so, line prepaid aku ni takdelah gst mcm telco lain kan???? kesian kat korang.. korang ni pun bukannya senang nak carik duit.

9. kalau dah serasi dgn line aku ni, enjoylah penjimatannya eh

10. kalau dah serasi & enjoy, rekemenla kat kengkawan.. jgnla enjoy sorang2. aku bagi upah 6% drpd apa yg ditopupkan oleh derang. untung2 korang dpt topup free setiap bulan. kalau total upah korang dah besar, korang nak aku bank-inkan cash pun boleh. tapi pastu jgnla lupa beli topup pulak ya! hehe.. modal air liur aje pun. tak payah jadik dealer pun takpe geng.. jadi pengguna saja pun boleh buat duit extra. takde yuran tambahan, takde komitmen & takde masalah!

11. tapi kalau dah tak serasi atau tak puas hati dgn line aku.. mungkin korang hadap jugak dgn free (kononnya free la tu..) basic speed tenet yg telco lain bagi tu atau for whatever reason, coverage tak ngam ke.. apa ke.. rentikan jela memakai line aku ni atau boleh port-out ke telco lain pilihan korang. aku tak kecik hati punya..

12. kot ada kesempatan, tryla satu ekk.. simkad aku ni RM10 aje pun.

13. plan & services line aku ni.. buat masa ni, mana yg aku mampu bagi.. aku bagila. yg ada ni pun dah cukup kompetitif.. kira tak malula kalau nak sembang. nanti2 insyaallah ada rezeki dpt untung lebih, aku designkan plan yg lagi baekkk punya utk korang eh

14. agak2 dah serasi, enjoy & nak dpt upah so much more than 6%, bagitau aku ye. pssst.. korang boleh apply jadi dealer aku. jom kita layan real bisnes! long term biz.. modal rendah. lagi murah & mudah drpd nak setup stall burger atau nak jadi dealer dgn telco lain. aku nanti bagi korang FULL TELCO DEALERSHIP ACCESS tau.. bukannya level ejen2 cikai. tak payah tunggu customer datang kat kita, boleh bawak 'kedai' kita pi cari customer.. mana2 pun kita boleh tenggek. kita ada produk yg hampir semua org guna.. cuma nak ajak tukar brand aje, kita ada produk yg ramai org cari.. yelah, ramai org tengah cari produk yg murah kan? repeat sales??? dont worry ok!.. insyaallah customer2 korang yg enjoy dgn prepaid ni nanti akan topup berterusan secara sukarela tanpa dipaksa.

orait.. kot ada kekurangan, nanti aku tambah2 lagi ok

ye, post aku kali ni mmg sedang menjual produk. tak malu aihh.. dh mmg aku ni pun berniaga kan?? produk aku ni korang semua pakai.. why not give it a try? korang yg dpt benefit nanti.. aku bagi solution aje.. call jimat & internet laju.
semoga mendpt berkat dariNya dgn membuka ruang supaya korang dpt berjimat belanja prepaid. aminnn..




Cara Nak Promosikan Onexox


Tips untuk tarik perhatian pengguna untuk mengguna Onexox :

1. Tunjukkan tarikh Expired 2 tahun 4 bulan tu pada bakal user.

Bandingkan sebelum ni pakai telco lain contohnya topup RM10 valid 7hari..jika kredit masih berbaki tapi tak boleh buat call lepas 7hari tu..sebabnya EXPIRED! kene topup semula baru boleh pakai.

Onexox boleh guna sampai licin kredit baru topup baru..memang untung sbb tarikh expired yg panjang.

2. Buat Demo Call.
Kita biasa buat call org tak jawab kan? kene caj berapa jk masuk voicemail?
Biasanya user teragak² jawab sbb tak tahu pun caj rate diorg pakai. tapi akan dpt jawapan user memang mahal..

Ok sekarang kita buat demo call:
1. Cek baki sebelum dan catit.
2. Minta no tel user td dan kita call dan biarkan tidak berjawab/masuk voicemail.
3. Cek semula baki selepas...
4. Tunjukkan bukti call serendah 5sen.
5. tidak perlu paksa user utk buat demo dgn call kita..sbb kadang² user tiada kredit @expired. User sendiri akan terpegun dan tertarik untuk mencuba.

3. Untuk internet..
-kita boleh demo kepada bakal user dgn buka FB dan tunjukan betapa lajunya internet tanpa 'capped speed'..boleh juga play video utk tunjukkan lancar dan tanpa buffering/loading/sangkut².
-juga boleh guna aplikasi Speedtest untuk ukur kelajuan internet dikawasan tersebut.
- juga bagtau user internet Onexox ini Tiada Pay perUsed(PPU)..so selamat drpd kredit anda disedut tanpa kita sedari.

4. Tunjukan yang Onexox ni kita boleh buat kredit percuma setiap bulan..melalui User Get User.
- tanya user selama pakai telefon ni pernah ada dapat kredit FREE setiap bulan? berapa lama dh pakai telefon?
-so jika kita rasa line yg kita pakai bagus dan tolong promote pada sedaramara/kawan² lain..ada kita terima apa² bonus/kredit free?
- tunjukkan peluang di Onexox ni, walaupun sebagai user biasa pun boleh dapat imbuhan PERCUMA hanya dengan PERKENALKAN user sahaja.








Cara Check Coverage Telco Di Malaysia



Cara Nak Tahu User Onexox Didaftarkan Oleh Siapa?


Cara nak tahu user onexox didaftarkan oleh siapa?

2. masukkan nombor telefon dalam kotak ~ top up subcriber
2. klik kat amount ~ akan keluar nama user.

Nak tahu user tu di daftarkan oleh dealer mana.

2. letak nombor telefonnya
3. click search: 
akan keluar butiran user tesebut.